Ada seorang budak, Si A. A adalah seorang pelajar yang aktif. Terlalu sibuk dengan aktiviti berpersatuan tetapi keputusan peperiksaan masik OK. Boleh dikira sama jugalah dengan kawan kawan. Apabila tiba musim peperiksaan, A masih lagi giat berpersatuan. Kawan kawan A sudah lama meninggalkan kerja berpersatuan dan terus menghadap buku. Mungkin A rasa selesa dengan keputusan yang OK tetapi tidak bagi kawan kawan A. Keputusan OK tidak memuaskan lagi hati mereka. A terus berpersatuan. A rasa selesa.
Apabila keputusan peperiksaan besar keluar. Kawan kawan A gembira kerana keputusan mereka sangat memuaskan. Tetapi, tidak bagi A. A menyesal. Menyesal yang teramat. Pelbagai nasihat yang diminta dari A daripada guru. Keputusan peperiksaan akan menentukan tempat belajar seseorang. Ini realiti. Kawan kawan A dapat terbang ke luar negara dan mendapat tempat yang baik di dalam negara. A juga mendapat tempat yang baik, cuma dia kurang berpuas hati sebab kawan kawan A dapat tempat yang lebih baik.
Di tempat baru A. A masih lagi berpersatuan dan sangat sibuk. Peperiksaan semakin menghampiri.
Salahkah Si A?
Sesungguhnya, Aku tulis untuk kita sama sama ingat dan terutamanya untuk aku.
Muhammad Faris 'Azim
CFS IIUM,
Petaling Jaya.



