20110428

Pengalaman Temuduga Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Assalamualaikum..

Maaf kerana entry ini agak lewat. Malas diri ini untuk menulisnya, namun mungkin entry ini akan membantu sesiapa yang memerlukan. dapat jugak pahala, sekaligus kurangkan dosa.

Macam biasa seperti sedia maklum, kisah kali ini berkaitan dengan entry sebelum ini. Sesiapa yang belum membaca lagi, sila klik sini.


Hening pagi ini seperti biasa. Terpaksa kugagahi untuk bangun seawal pagi, jadi tidak terlewat untuk bertolak ke UTP. Sebenarnya, saya menetap di Ayer Tawar, Perak. Bukan Ayer Hitam seperti yang dinyatakan di entry sebelum ini. Maaf, kesalahan pemahaman tempat!

Tiba di UTP pada jam 7.30 pagi. Ingatkan awal! Rupanya sudah ramai yang hadir dan beratur panjang di Dewan Chancelor UTP. Hanya mendapat tempat dalam kumpulan B yang akan ditemuduga selepas kumpulan A. Besar malah gah Dewan Chanselor yang menjadi kebanggaan warga UTP. Taklimat, ucapan perasmian, bacaan doa, taklimat keselamatan dan pemahaman ringkas mengenai UTP diadakan seperti biasa. Yang menarik perhatian saya adalah ucapan perasmian oleh Naib Canselor UTP yang begitu membakar semangat untuk kami semua sebagai calon temuduga untuk masuk ke universiti terbabit. Bukan seperti ceramah yang pernah didengari di salah sebuah kolej matrikulasi di Malaysia. Malah, yang menggembirakan, apabila di saya mendengar ucapan perasmian di UTP, kita boleh untuk membuat pinjaman pembiayaan pelajaran dari mana-mana pihak yang layak. Saya kira masalah kewangan akan dapat diselesaikan jika boleh untuk saya membuat pinjaman pelajaran. InsyaAllah. Itupun jikalau saya layak dan melepasi temuduga yang akan dijalankan sebentar lagi. Masakan tidak, lebih kurang seramai 400 orang yang datang temuduga di sini bagi hari ini sahaja berbanding sesi temuduga yang dijalan selama 4 hari. Tingginya persaingan walaupun sebagai "private student". Nampaknya, semua pelajar disini kebanyakkannya memilih kos ICT dan Business Information System (BIS). Bermakna saya juga dipilih untuk ditemuduga dalam BIS. Memang UTP tak menerima pilihan kos yang saya inginkan dan masalah "salah isi" yang berlaku tidak diterima UTP. Ada saya tuliskan dalam entry sebelum ini (KLIK DI SINI UNTUK MEMBACANYA) mengenai masalah "salah isi" ini.

*Berdasarkan ceramah yang diberikan (di UTP), penceramah menekankan bahawa bidang ini (BIS) sangat menjadi tuntutan alam pekerjaan dan sangat luas prospeknya. Jadi, apa salahnya jika saya mencuba bidang ini. serius tak buat preparation untuk bidang ini!


Memandangkan temuduga kumpulan A & B akan diadakan pada sesi pagi, bas UTP disediakan untuk mengurangkan masalah masa sekaligus mempercepatkan sesi temuduga berakhir. Bagusnya pengurusan di sini! Seperti dimaklumkan, saya yang tergolong dalam kumpulan B terpaksa menunggu Kumpulan A selesai sesi persediaan pertama.

Tidak lama kemudian, kami dipanggil dan dimasukkan ke dalam sebuah bilik yang luas dan mempunyai banyak meja bulat menunjukkan kumpulan yang akan dibentuk untuk sesi persediaan. Saya dimasukkan di dalam meja yang ke-22 menunjukkan saya merupakan panel yang ke-22. Dalam kumpulan saya terdiri daripada 3 orang Cina; 2 wanita, 1 lelaki dan 1 lelaki Melayu.

Pertama, kami disuruh mengisi nama dan borang dahulu sebelum mereka memberi tugasan yang harus dilaksanakan kami. Berdasarkan pemerhatian saya, semua ahli kumpulan saya mendapat tema tugasan yang sama namun berbeza masalah. Contohnya, saya mendapat mengenai masalah pencemaran industri yang menyumbang kepada perubahan suhu dunia dan ada yang mendapat masalah pencemaran yang disumbangkan oleh kenderaan yang sememangnya bertemakan alam sekitar. Harus diingatkan bahawa semua tugasan penyampaian dan sesi temuduga dijalankan dalam Bahasa Inggeris.

Jadi, kami diwajibkan untuk memikirkan dan menganalisa tugasan yang diberikan:-

1. Menilai masalah yang dinyatakan melalui pelbagai sudut.
2. Langkah yang wajar dan harus diambil untuk menyelesaikan masalah terbabit.
3. Langkah yang paling efektif yang harus diambil untuk menyelesaikan masalah alam sekitar.
(Secara amnya, soalan pertama dan kedua difokuskan untuk temuduga individu dan soalan ketiga untuk temuduga kumpulan)

Masa 20 minit diberikan untuk membuat sedikit nota sebelum kami dipanggil untuk ditemuduga.

Kedua, temuduga individu. Saya mendapat giliran yang pertama dan ditemuduga oleh 2 orang wanita. Kiranya, saya hanya ditanya 3 soalan oleh 2 orang wanita tersebut.

1. Ceritakan tentang diri, keluarga, pekerjaan ibu bapa & aktiviti kokurikulum yang disertai.
2. Mengemukakan jawapan berdasaran tugasan yang diberikan.
3. Satu soalan tindak balas terhadap jawapan kamu dalam tugasan yang diberikan.

Nampak mudah dan senang untuk dijawab. Namun bagi saya, keadaan penemuduga yang tidak mahu berkata apa-apa atau menyekat jawapan saya dengan soalan menyebabkan keadaan menjadi agak keruh. Contohnya, saya terpaksa bercerita tentang diri saya dalam masa 5-8 minit. Hingga runsing kepala ini untuk memikirkan jawapan apa yang harus diceritakan lagi. Tambahan dengan persediaan yang sedikit

Selesai kesemua ahli kumpulan saya ditemuduga secara individu. 

Ketiga, temuduga kumpulan. Penemuduga menyuruh kami untuk berbincang mengenai langkah yang paling efektif untuk diambil oleh semua ahli kumpulan bagi mengatasi masalah alam sekitar (merujuk kepada soalan ketiga dalam tugasan soalan). Kali ini saya lebih berkeyakinan kerana semua ahli kumpulan lebih bersantai mengutarakan pendapat masing-masing. Sangat seronok sesi kali ini kerana keadaan lebih tenang. Apa yang menyedihkan apabila seorang wanita Cina dalam kumpulan saya hanya menyebut beberapa ayat sahaja.

Selesai temuduga berkumpulan bermakna berakhirlah temuduga di UTP. Sememangnya UTP memberikan pengalaman yang sebenar dan menarik dalam saya mencari pengalam untuk bertemuduga. Secara keseluruhannya, saya amat bersyukur kepada Allah. Banyak yang saya pelajari di sini. Malah, ramai kawan yang saya sempat untuk berkenalan. Pengalaman di UTP tidak akan dilupakan. Sesungguhnya saya amat berharap untuk mendapatkan tempat di sini. InsyaAllah, kalau diberikan peluang oleh Allah, saya akan kembali untuk menyambung pengajian di sini. Doakan saya.

Pesanan penaja:-
Jangan fikir pelik kerana saya memang berharap untuk belajar di sini. Saya memang berharap untuk masuk ke sini semenjak tingkatan 3 lagi. Malangnya, kenapa PETRONAS tidak mahu panggil saya untuk ditemuduga? Mungkin ada hikmahnya. Satu lagi, jangan kata saya ada banyak duit nak masuk UTP sangat-sangat. Kalau tak boleh nak buat pinjaman pelajaran, tak akan saya masuk ke sini. Itupun kalau dapat masuk!


5 komen:

yui92 said...

sama tak macam yang kami bgtaw? nampak cam sama je... kea da yg lain jugak?


anyway gud luck wif that

Faris 'Azim said...

solihin: lebih kurang ja, papepun.. tq 4 da tips...

seyla said...

temuduga in english or malay?

Muhammad Faris 'Azim said...

@seyla- completely in english. :)

Nurul Ashikin said...

hye! akak senior utp di sini! :D