20110521

Pertandingan BLOG PALING KREATIF; Hadiah lumayan menanti anda!

Assalamualaikum...

Seperti tajuk entry di atas, saya ada menganjurkan pertandingan BLOG PALING KREATIF.


Syarat-syarat
  1. Sila FOLLOW terlebih dahulu blog ini dan tiada paksaan untuk FOLLOW  blog ini. (Peserta yang Follow mendapat peluang yang lebih cerah untuk memenangi pertandingan ini
  2. Buat entry khas bertajuk " JOM SERTAI PERTANDINGAN BLOG PALING KREATIF"
  3. Letak gambar di bawah menunjukkan anda adalah peserta pertandingan BLOG PALING KREATIF
  4. Promosikan pertandingan ini dengan meletakkan link pertandingan ini dalam entry anda
  5. Sila komen kelebihan, kekurangan dan memberi kritikan membina pada blog ini di dalam entry anda agar saya dapat diperbaiki dari masa ke masa
  6. Tinggalkan link entry anda pada ruangan komen di bawah
  7. Selesai
Gambar yang perlu diletakkan dalam entry anda
Hadiah
  1. Blog anda akan dipaparkan di dalam bloglist khas saya
  2. Award BLOG PALING KREATIF dari saya
  3. Hadiah misteri!

Perhatian!!!

  1. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Mei 2011
  2. Pertandingan akan dibatalkan sekiranya penyertaan kurang dari 8 orang
  3. Saya sedar bahawa blog saya hanyalah mempunyai beberapa orang follower sahaja, namun saya akan pastikan bahawa pemenang pasti tidak akan menyesal jikalau menyertai pertandingan ini
  4. Sesungguhnya, saya amat memerlukan sokongan anda jikalau ingin berjaya dalam bidang ini. Betul tak?
  5. Saya amat menghargai penyertaan anda jikalau anda berminat untuk meyertai pertandingan ini
  6. Kerjasama dari anda saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih









Muhammad Faris 'Azim
Kg Alor Ganu


20110519

Tutorial : Letak tajuk entry, masa, gajet dan tarikh di tengah

Assalamualaikum...

Pertama
Dashboard → Design → Edit HTML → Tick expand widget templates



Kedua
Tekan Ctrl + F serentak



Ketiga
Cari perkataan 
h2 {



Keempat
Letak kod 
text-align:center;
di bawah h2 {



Kelima
Ctrl + F lagi, cari kod di bawah pula
h3.post-title, .comments h4



Keenam
Letakkan kod
text-align:center;
di bawah h3.post-title, .comments h4





Selesai

Jikala tidak menjadi,
Soalan dari anda amat saya alu-alukan.
Sekian Terima Kasih.



Muhammad Faris 'Azim
Kg Alor Ganu


Tutorial : (Encode/Decode) Untuk letak link dalam entry

Assalamualaikum...

Semalam saya ada membuat tutorila mengenai perkataan bergerak. Namun, apabila saya meletakan kod, kod tersebut juga berubah menjadi perkataan bergerak. Paham tak ayat saya?

Maknaya ita haruslah encode dulu kod tersebut agar apa yang kita ingin ajarkan menjadi. Contoh:-
Jikakau kita encode perkataan ini, perkataan tersebut tidak akan berubah untuk bergerak:-

<marquee direction="arah">ayat anda</marquee>

Namun, jika kita tidak encode, hasilnya tidak akan berubah menjadi:-

ayat anda

Semua aplikasi yang kita ingin kongsikan akan menjadi mudah untuk dikongsi menggunakan aplikasi ini. Sila tekan dibawah untuk mendapatkan bantuan aplikasi ini,

DI SINI

Sekian, terima kasih.
Jikalau tidak menjadi, soalan daripada anda amat saya nantikan.




Muhammad Faris 'Azim
Kg Alor Ganu


20110518

Tutorial : Perkataan bergerak

Assalamualaikum..

Saya Belajar benda baru
Tahu tak benda apa?
Benda nie!
~Yang gerak-gerak nie~


Nak buat? Macam ni:-
~Boleh diletakkan di dalam entry anda
~Boleh juga membuatkan gadget anda bergerak



<marquee direction="arah">ayat anda</marquee>
Copy ayat di atas dan letakkan di dalam entry atau HMTL/JavaScript

BIRU:
~Apa yang anda ingin katakan
~Jikalau gadget, cuma letakan kod gadget disini


MERAH: arah perkataan yang anda inginkan
direction="left"
direction="right"
direction="up"
direction="down"







20110516

TRIO : Kembara Hari Guru i-kups

Assalamualaikum...

Bermula dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Baru sahaja selesai Kembara Hari Guru yang sudah dilaksanakan dengan sempurnanya. Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana majlis yang dirancang berjalan dengan lancar. Bermula 15  Mei lalu, kebanyakkannya ahli lelaki TRIO Berjaya berkumpul di kawasan Jitra/Tanah Merah/ Darulaman dan menginap di rumah saudara Nadzrin. Sebenarnya, terima kasih dan ampun maaf kepada saudara Nadzrin kerana membenarkan kami menggunakan rumah anda dengan jayanya dan memecahkan “TILE” di tepi rumah anda. Maaf!.  Saudara Zakaria ( Mon ) banyak berkorban untuk program yang ini hingga saudara Zakaria sanggup datang ke rumah saya beberapa kali. Berbekalkan RM15 seorang, dapatlah kami melaksanakan beberapa aktiviti yang dirancang . Harus diingatkan, bukan kami ingin mendriskriminasikan golongan wanita TRIO, namun atas dasar untuk memudahkan perjalanan majlis, terpaksa kami lakukan sedemikian.

TENTATIF MAJLIS
15 Mei 2011
9.30 – 12.00 pg
Memproses ayam untuk BBQ
1.00 – 3.00 ptg
Berehat, solat di rumah saudara Nadzrin
3.00 – 6.00 ptg
Berboling di Aneka
6.30 - 7.30 mlm
~Buggie ride di Tasik Darulaman (sesetengah sahaja)
~Bersedia dan membeli sedikit barang untuk BBQ (sesetengah sahaja)
8.00 – 11.15 mlm
SeBBQ, Memanggang dan menggoreng makanan yang ada
11.30 – 12.00 mlm
Jamuan makan

16 Mei 2011
12.00 – 12.30 pg
Jamuan makan
1.15 pagi
Wayang ; KONGSI
3.00 pagi
Ingatkan berfutsal, rupanya pulang hampa tanpa futsal (sesetengah sahaja)
4.00 – 6.00 pg
Tidur
8.30 – 9.15 pg
Bertolak ke sekolah dengan 8 buah kereta
10.00 – 12.00
Meraikan Hari Guru bersama guru membawa kek 3 tingkat yang dirasmikan Puan Bibi Sabariah
1.00 – 3.00 ptg
Mengemas, tidur di rumah Nadzrin
3.15 ptg
Bersurai
*p/s: masa tidak setepat yang ditulis

Sebenarnya program ini sememangnya dirancang last minute. Jadi, maaf jika majlis ini tidak selengkap yang anda (TRIO : Lelaki) harapkan. Jadi, saya ada muatkan sedikit gambar yang sempat dirakamkan sempena Kembara hari Guru ini.

antara yang menyertai

sibuk menjaga api

di rumah Nadzrin

asap?

tak cukup nie


bersemangat?

apabila hasif menggoreng




INILAH MAKAN KAMI!

kami!

kek 3 tingkat yang sangat cantik


diraikan bersama guru tersayang


hmmm?

Alhamdulillah, sememangnya apa yang dirancangkan berjalan dengan jayanya. Terima kasih tidak terhingga kerana anda sanggup meluangkan masa untuk menyertai kembara ini. Sememangnya ruang, peluang, wang anda amat saya hargai. Saya kira inilah pertemuan kita terakhir bersama sebelum semua membawa haluan masing-masing. Seronok dan terlampau gembira apabila saya melihat kita bersama dapat berkumpul kembali. Saya sayang kalian semua. Jadi, terima kasih sekali lagi kerana sudi bersama saya untuk menyertai majlis ini. Jasa kalian tidak akan saya lupakan. Hiba rasanya memikirkan bila kita dapat bertemu lagi seperti ini. Jika mampu, mahu sahaja tidak berpisah. Bagi saya sangat yang paling indah adalah apabila kita bersama-sama rakan-rakan yang kita sayangi. Hargailah persahabatan yang ita bina agar ukhwah kita kekal selamanya. Sekian. Akhir kata, semoga berjaya kepada anda semua (TRIO) dalam menyahut penggilan menara gading! InsyaAllah jikalau diberika peluang, dapat kita bertemu lagi! Assalamualaikum....













20110513

UIAM : My choice right now!


Assalamualaikum...
Pada saat ini, saya sememangnya telah memilih UIAM-Asasi Kejuruteraan & Sains Komputer, sebagai pilihan utama saya. Saat inilah!


Buat KOLEJ MATRIKULASI KEDAH!. Sorry Khairul Faizi sebab tak dapat teman hang belajar kat sana. Hanya keajaiban yang dapat merubah pendirian aku untuk ke KMK.

Buat KPLSPM + PPC ; saya akan tetap pilih awak kalau awak bagi peluang untuk saya. Serius, tak pilih dah UIAM kalau awak bagi peluang untuk bersama saya.


Pakaian Lelaki vs Pakaian Wanita

Assalamualaikum...

Hari ini suka saaya untuk menceritakan mengenai rumitnya pakaian lelaki berbanding wanita. Memang sangat rumit untuk dipilih. Disebabkan saya seorang Islam. Jadi, tema pakaian adalah berdasarkan keislaman. No free hair!




PAKAIAN KE PEJABAT/KULIAH/SEKOLAH/KERJA

Lelaki
~Pakaian formal dilengkapi kemeja berlengan panjang, tali leher, blaser, seluar , kasut, tie clip dll.
~Hal ini adalah kerana lelaki terpaksa saterika baju kemeja dan seluar dengan kemas supaya dapat menghasilkan bucu yang tajam
~Malah, lelaki terpaksa memastikan rambutnya kemas dan tersisir rapi
~Tali leher juga terpaksa diikat dan dibetulkan


Wanita
~Hanya memakai baju kurung
~Mungkin akan hanya mengambil masa untuk membetulkan tudung
~Tidak perlu menyaterika baju kurung dan tudung hingga menghasilkan bucu yang tajam
~Malah, sekarang pemakaian yang mudah dengan bantuan tudung express. Hanya masukkan sahaja.
~Namun, saya kagum dengan wanita kerana tahan kepanasan walaupun bertudung. Tahniah wanita!



PAKAIAN ISTIADAT/ FULL MALAY/ MAKAN KENDURI

Lelaki
~BerBaju Melayu yang terpaksa disaterika hingga menghasilkan bucu yang tajam di seluar dan di sisi lengan baju
~Terpaksa mencari butang Baju Melayu jika ingin memakai Baju Melayu
~Perkara yang paling dibenci adalah pemakaian sampin yang terpaksa dilakukan beberapa percubaan agar sampin kelihatan kemas dan cantik
~Songkok yang dipakai mestilah tidak senget
~Pemakaian kasut juga merunsingan saya antara sandal, selipar dan sepatu
~Namun, fesyen zaman sekarang sudah mengkombinasikan antara
#Baju Melayu + Kain Pelikat
#Baju Melayu + Seluar Slack



Wanita

~Macam biasa ; Hanya memakai baju kurung
~Mungkin akan hanya mengambil masa untuk membetulkan tudung
~Tidak perlu menyaterika baju kurung dan tudung hingga menghasilkan bucu yang tajam
~Malah, sekarang pemakaian yang mudah dengan bantuan tudung express. Hanya masukkan sahaja.
~Namun, saya kagum dengan wanita kerana tahan kepanasan walaupun bertudung. Tahniah wanita!



PAKAIAN RIADAH/ MELANCONG

Lelaki
~Hanya memakai jeans dan t-shirt
~Namun, kekemasan rambut masih perlu dijaga
~Pemakaian kasut masih merunsingkan saya antara sandal, selipar, sepatu


Wanita
~Hanya memakai Jeans dan t-shirt
~Tidak memerlukan penjagaan rambut dengan bantuan tudung. Syukur Alhamdulillah keran kita Islam. Malah, pengunaan tudung express membantu masa pemakaian anda
~Tidak perlu runsing dengan pemakaian kasut kerana sesuai untuk apa-apa aktiviti dengan semua jenis kasut.




KESIMPULAN

~Sebenarnya saya masih runsing untuk memakai pakaian apa yang sesuai untuk sesetengah majlis
~Golongan wanita kebanyakannya diselamatkan dengan BAJU KURUNG kerana sesuai dengan semua majlis. Jelas, pemilihan pakaian untuk anda sangat mudah
~Contoh, pada Majlis Anugerah Cemerlang, wanita sememangnya akan memakai baju kurung berbanding lelaki yang terpaksa memilih antara Baju Melayu atau Kemeja.
~Bukan niat ingin mendriskriminasikan golongan tertentu namun ingin berkongsi!
~Hal ini cuma pandangan dan pendapat saya


Jadi, saya merasakan pemakaian lelaki lebih rumit berbanding wanita. Anda?







20110503

5 IKRAM : Kenangan Abadi

Assalamualaikum...
Memang, suka sungguh saya mengimbau masa lalu dengan pelbagai entry yang mengenang masa lalu kehidupan saya di waktu sekolah. Bukan apa, mungkin pada waktu tua nanti, kalau diberikan peluang dapat juga saya membaca kembali entry yang dapat mengusik jiwa dengan kenangan yang pernah dilakar dahulu. Kepada sesiapa yang belum membaca semua kenangan waktu sekolah saya, boleh klik sini untuk:-


Jikalau anda klik di atas, anda sebenarnya akan melihat sedikit perubahan gaya penulisan saya. Dari istilah aku→saya, bahasa pasar→bahasa baku dan sebagainya. Jadi, jangan runsing kerana "teknik penulisan adalah mengikut standard yang ditetapkan penulis". Seperti kata-kata aluan di atas ( ↑ ). Atas sekali, bawah header!


Berbalik kepada tajuk entry di atas.
Bangga sebenarnya bila kita pernah bersekolah & belajar. Lihatlah sendiri, pelbagai pengalaman dikutip dan ditimba untuk kita belajar menjadi manusia yang lebih baik. Suka saya ingatkan bahawa di mana jua kita bersekolah, kita harus ingat bahawa pencarian ilmu yang sebenarnya dicari! Jadi, sememangnya ilmu yang akan mencorak kita. Susahnya kerja tanpa pelajaran. Tak percaya! Klik sini :-


Kelas! Tempat yang paling untuk belajar selain perpustakaan yang kita selalu pergi dikala kepanasan. Ya, saya akui bahawa kelas berupaya menjadi tempat yang paling seronok dan tidak di waktu persekolahan, Namun, asas pembelajaran sebenarnya bermula di kelas. Oleh itu, entry mengenai kelas yang pernah didiami saya akan menjadi isu perbincangan topik kali ini. 

Nampak bosan! Jangan close lagi, kerana saya pasti kelas yang didiami pada tingkatan lima inilah atau dinamai 5 IKRAM merupakan kelas yang terbaik dan mempunyai pelbagai jenis ragam dan golongan manusia yang terpaksa kami atasi bersama. 

Permulaan

Seperti biasa, pada hari awal persekolahan nama rombakan pelajar mengikut kelas akan dipampang di pintu setiap kelas. Terpaksa diikuti walaupun hati tidak merelakan. Ada juga pelajar yang menangis kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakan yang disayangi. Percayalah! Hari pertama sahaja begitu, esok lusa, takdir yang menimpa akan diterima dengan redhanya. Macam biasa, pelajar! Belajarlah kerjanya!.

Nak di jadikan cerita, apabila pelajar kelas saya sememangnya agak tidak bersatu-padu bak "berat tak sama dipikul, ringan tak sama-sama menjinjing", "hati gajah tak dilapah bersama-sama, hati kuman tak dicecah bersama" dan "ke gunung mendaki seorang diri, ke lurah tak sama menuruni". Susah untuk berkerjasama lelaki atau perempuan. Tidak sama seperti kelas tatkala menengah rendah. Mudah sahaja untuk berkerjasama antara lelaki dan perempuan. Sememangnya dugaan. Lelaki dengan egonya. Perempuan dengan kesombongannya. Diri sendiri dengan takburnya. Sangat mencabar.

Klimaks

Pada satu hari, guru kelas Bahasa Inggeris kami masuk ke dalam kelas. Pada saat itulah mula berlaunya perubahan yang tisak disangka. Nak tahu macam maca seorang guru itu berupaya merubah kami sekelas.










Macam ini, Teacher Normala ( guru Bahasa Inggeris ) menawarkan kami (warga kelas) untuk mengadakan Malam Gema Budaya di sekolah. Pada saat itulah, bibik kerjasama dan keluhuran antara warga mula muncul antara kami. Seperti istilah  Additional Mathematics→Turning Point.


Kepada sesiapa yang menekan butang di atas. Pesanan kepada anda untuk kali kedua, sememangnya terdapat perubahan teknik penulisan dan perasaan. Mohon jangan terlalu menilai. Malu. Sememangnya penulisan yang tidak matang apabila saya membaca kembali. 

Penutup

Sememangnya, kelas 5 Ikram 2010 memberikan pangalaman yang terbaik untuk saya meneruskan hidup. Bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai suasana pembelajaran. Semoga kalian berjaya pada masa akan datang dengan kerjaya dan haluan masing-masing.

Apabila ada yang sakit, kami bantu. Apabila ada yang kesusahan kami tolong. Pernah membuat sesi luahan perasaan antara satu sama lain. Selalu mengadakan Tutor Tutee semasa guru tiada dalam kelas. Tidak mengenal erti penat. Tidur dalam kelas sama-sama. Kena marah sama-sama. Kejut tidur sama-sama. Pergi perpustakaan sama-sama. Pergi tengok Astro di Foyer Makmal sama-sama. Kelas Tambahan bersama-sama. Buat ucapan kepada cikgu bersama-sama. Menyelesaikan masalah bersama-sama. Selesaikan soalam Add Math sama-sama. Marah kawan-kawan sama-sama. Kutuk kawan sama-sama, Pujuk sama-sama. Susun meja sama-sama. Tegur kawan yang salah sama-sama. Balut meja bersama-sama. Padam whiteboard bersih-bersih. Ajar subjek susah bersama-sama. Ubah Jadual Waktu sampai bosan nak ubah. Masuk makmal sama-sama. Terkena Silver Nitrate sama-sama sampai hitam tangan dalam makmal. Main-main dalam makmal sama-sama. Usik cikgu sama-sama. Buat presentation sama-sama. Oral sorang-sorang dan sama-sama. etc.

NAMUN, SEMUA YANG DINYATAKAN DI ATAS HANYA TINGGAL KENANGAN UNTUK DIIMBAU SAHAJA. JANGANLAH PERNAH UNTUK KITA LUPA! DEMI ALLAH, SAYA SAYANG KALIAN SEMUA!





Pelajar 5 Ikram 2010


~Saya
~Nafis-Terima kasih sebab terlalu baik dengan saya
~Fitkhuddin-Minta maaf atas segala kesalahanku kepadamu
~Asyraf Yahaya-Terima kasih selalu ajar trick Matematik Tambahan
~Zulfarhan-Bila dapat aku geletek hang!
~'Afifuddin-KehenseManu seMakin terserlah ( M )
~Sofi-Aku selalu kacau dan cubit hang
~Saiful Anwar-No komen!
~Amirul Latif-Hang cakap elok-elok sikit. Benda pa keluar tuh!
~Asyraf Hanis-Macam mana hang pandai sangat. Tobat aku masih jeles
~A'fifi Fadzil-Jom kuruskan badan!
~Izzat Illias-Lama tak dengar berita~
~Abdul Rahman-Suka kaitkan aku dengan Doraemon. Tu Mus lah! Cari la yang lain
~Nashriezan-Tak tau nak tulis apa dah!
~Izhar-Dah la sikit-sikit...
~Abdul Ghafur-Moga berjaya di mana jua.
~Amalina Zaidi-Pembantu kelas terbaik. Saya suka ajuk "Assalamualaikum cikgu......"
~Hawa Osman-Belum tercapai hasrat untuk menghantar mesej itu untukmu..
~Saadah-Comel si cili padi.
~Fathmah-Tabahkan hati, kuatkan semangat. Aku sentiasa sokong kamu.
~Amalina Syukri-Moga berjaya dengan bidang pilihan!
~Nurul Aziera-Sorry, kutuk hang banyak sangat. Serius rindu nak kutuk hang la ni.
~Farah Farhana-Jadilah yang terbaik.............. (no idea)
~Syuhada Ramli-Peminat Korea. Budak laki selalu tengok mamat korea dekat meja hang..
~Syuhada Ishak-Aku selalu cemburu dengan kecantikan tulisan tanganmu.
~Nurul Hanani-Anda contoh terbaik buat saya!
~Aida Syakirah-Sorry, dulu ada budak laki selalu kacau hang!