20110608

Sepanjang beberapa hari di UIAM

Assalamualaikum...

Alhamdulillah berkat rezeki Allah S.W.T dapat juga saya sampai di bumi Petaling Jaya dengan jayanya. Tujuna hanya satu, ingin menyambung pelajaran dan mengembirakan hati keluarga. Suka saya untuk menceritakan pengalaman suka-duka selama beberapa hari saya memesuki Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Centre For Foundation Study International Islamic University Malaysia).


Tanggal 28 Mei, saya berjaya mendaftarkan diri di Petaling Jaya ini.

Kawasan Asrama (Mahallah)

Pintu bilik: Tingkat 3; Letih nak naik

Alhamdulillah, tiba agak awal dapat memilih kawasan bilik yang selesa; Katil saya di sebelah kanan

Kipas yang memuaskan hati

Lokar tidak sebesar lokar sekolah

Sempitmya laluan namun agak selesa

Papan kenyataan di hadapan pintu masuk

Meja belajar yang agak selesa
Secara kesuluruhannya, saya agak berpuas hati kerana saya membayangkan keadaan yang lebih teruk dan buruk di sini. Apapun saya bersyukur kerana mahallah ini berdekatan masjid, kafeteria yang murah di bawah dan amat strategik.

Kawasan sekitar
Pada malam kebudayaan (Cultural Night)

Ramai tak?




Antara bekas pelajar SBPIKP: Aziz, Ashraf Azhar dan Akmal tidak kelihatan
Kesimpulannya, jarak antara setiap kawasan tidak berjauhan dan agak memudahkan pergerkan ke tempat belajar. Al maklumlah, hanya Pusat asasi, bukan di Kampus Utama lagi. Sememangnya CFS IIUM is an English Speaking Campus.  Saya amat berbangga kerana tak kira ustaz mahupun fasilitator terpaksa bercakap Bahasa Inggeris untuk menyampaikan ucapan mahupun pengumuman. Kualiti bahasa Inggeris dipamerkan di situ.

Minggu Ta'aruf (Orientasi)
Sangat tenang dan tidak sibuk. Tidak seperti yang dialami oleh pelajar UiTm dan UM. Tiada langsung tekanan dan sebagainya. Bayangkan beribu pelajar untuk dikawal dalam satu masa. Susah! Memang susah! Hinggakan kami boleh melakukan apa sahaja sehingga saat saya menulis entry ini kerana ceramah untuk setiap subjek tidak usai lagi diadakan.
Mungkin minggu hadapan mula sibuk.

Makluman kepada adik-adik yang ingin memasuki UIAM: Anda dikehendaki memakai baju kemeja putih sepanjang  aktiviti Ta'aruf Week; macam gambar di atas



Malam penutupan


Kad Matrik; yang akan digunakan untuk bermacam aktiviti termasuklah pengeluaran duit untuk Tawaran Bantuan Kewangan Asasi

Berfoya-foya di kawasan sekitar

Dah berada di tengah-tengah kawasan bandar, tak lengkaplah hidup jikalau tidak keluar berfoya-foya. Di sini CFS IIUM sangat strategik. Mudah untuk bergerak kemana-mana. Seronok, dapat lepak dengan budak UM dan UPM! Budak UiTM tak nak ikut?

Promosi Pirates Of the Carribean di Mid Valley

Guru Ariffin pun datang sama

Boling?

Ya! Memang Boling! Menarik bukan?



Kreatif kan?

Siap jumpa Maher Zain lagi


Macam dalam filem Kongsi pulak
Penukaran Bidang
Alhamdulillah, berkat petunjuk Allah, nasihat kawan-kawan, keluarga dan sebagainya. Saya mendapat petunjuk untuk menukarkan bidang pengajian saya dari kejuruteraan kepada Farmasi. Alhamdulillah. Insyaallah saya akan berusaha dan belajar bersungguh-sungguh dalam bidang ini.


Sekian, terima kasih.




Muhammad Faris 'Azim
Petaling Jaya,
UIAM.


20110601

Lagi;Pertandingan BLOG PALING KREATIF

Assalamualaikum...
Sebenarnya hari ini, 1 Jun 2011, kalau diikutkan sudah tutup tarikh pertandingan ini yang ditetapkan pada 30 Mei 2011. Namun, seribu kemaafan disebabkan kesibukan yang melanda diri ini di UIAM. Terpaksa untuk saya melanjutkan waktu pertandingan ini kepada 20 Jun 2011. Berikut dinyatakan peserta yang sudah menyertai dan syarat-syarat kepada yang masih berminat.

Peserta
Gambar yang perlu diletakkan dalam entry anda

Hadiah
  • Blog anda akan dipaparkan di dalam bloglist khas saya
  • Award BLOG PALING KREATIF dari saya
  • Hadiah misteri!


Perhatian!!!
  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Jun 2011
  • Saya sedar bahawa blog saya hanyalah mempunyai beberapa orang follower sahaja, namun saya akan pastikan bahawa pemenang pasti tidak akan menyesal jikalau menyertai pertandingan ini
  • Sesungguhnya, saya amat memerlukan sokongan anda jikalau ingin berjaya dalam bidang ini. Betul tak?
  • Saya amat menghargai penyertaan anda jikalau anda berminat untuk meyertai pertandingan ini
  • Kerjasama dari anda saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih












Muhammad Faris 'Azim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 
Petaling Jaya.