20110722

Ok, saya BERJANJI kepada peserta PERTANDINGAN BLOG PALING KREATIF

Assaalamualaikum....


Dengan ini, saya berjanji akan berusaha memaklumkan PEMENANG Pertandingan Blog Paling Kreatif SELEPAS saya selesai Mid-Sem Exam ini secepat mungkin. Tak akan menangguhkan lagi. Serius! Maaf 
(-_____-*)




Betul, saya tak mengjangka keadaan akan sesibuk ini selepas saya memasuki UIAM. 




MAAF... ('_")







p/s: mengharapkan yang TERBAIK untuk Mid-Sem Exam ni, doakan yang terbaik!








Muhammad Faris 'Azim
CFS IIUM,
Petaling Jaya 


20110709

"PECAH"

Assalamualaikum...

Seperti isu yang tertera di atas, apa sebenarnya keadaan PECAH yang ingin saya maksudkan:-

PECAH merupakan singkatan kepada program Pesta Cakna Hujah, yang telah jayanya diadakan pada 24-26 Jun lalu. Bertujuan untuk? (ok, saya sendiri pun tak jelas sangat). Tujuan untuk menimba ilmu debat daripada alumni debat IPT yang sanggup turun padang untuk melatih dan mengajar. Malah, program ini bukan  berfokus untuk sesiapa yang pernah memasuki debat, namun kepada sesiapa sahaja yang ingin menimba ilmu pengucapan awam. Itu yang saya faham daripada apa yang saya dapat sepanjang berada di PECAH. Mungkin juga salah satu medium untuk alumni debat IPT untuk bertemu kembali dan sebagainya. Alhamdulillah, saya berjaya terpilih untuk menyertai  Pesta Cakna Hujah ini mewakili Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bersama rakan-rakan yang lain.

Berbalik kepada isu di atas, PECAH. Apa yang saya perolehi daripada PECAH ini?

ILMU
Ya, ilmu perdebatan yang sangat berguna untuk memajukan pemahaman konsep debat dengan lebih baik dan berjaya. Banyak kelemahan dapat saya perbaiki tak kira dari segi penyampaian sesuatu fakta atau membidas kes lawan dengan lebih tepat. Malah, satu perkara yang dapat saya perbaiki adalah tahap keyakinan dalam ikhtiar pengucapan awam yang dilakukan. Banyak teguran membina dan  kritikan menusuk kalbu yang dapat saya ambil dari program ini.

KELUARGA
Ya, sangat beruntung rasanya. Bagai sebuah keluarga bahagia ketika berada di PECAH. Tidak dapat dilupakan apabila kami dapat berkongsi cerita tak kira pahit atau manis termasuklah kutukan "membina" kepada sesetengah pihak. Terharu! Ya, semuanya bagai sudah diatur. Hubungan ibarat aur dengan tebing dan isi dengan kuku ini sedih sekali jika runtuh. Sayang saya teramat sangat. Bagai umpama rumah kedua. Masakan tidaknya, terasa RINDU bila tak bertemu semuanya sekali. (Ok, dah la tuh, tak mau ulas panjang sangat, nanti tulis benda lain pulak)


SYUKUR
Bersyukur! Syukur kepada Allah kerana menemukan saya bersama keluarga KDBM CFS IIUM. Bersama mereka dapat saya timba pelbagai ilmu yang sangat berguna untuk saya praktikkan dalam perdebatan. Terutama kepada jurulatih, (Abang Izzat dan lain-lain) yang sanggup turun memilih peserta PECAH dan sehingga sekarang masih lagi berjuang bersama kami untuk memartabatkan DEBAT.

PENGISIAN
Sangat bermanfaat. Perlawanan yang diatur dan pembahagian kumpulan yang dilakukan merupakan idea yang sangat bagus. Rasa sangat bersyukur apabila berada di Kategori Muda. Banyak kelebihan rasanya termasuklah menerangkan kembali cara untuk memahi usul dengan lebih baik dan kenali sendiri apa itu debat. Juga diberi layanan yang agak istimewa dari Kategori Utama apabila kami juga diberikan Cenderahati. Baik, tiada niat untuk menyindir. jangan salah faham. Syukur juga kepada Allah kerana memberikan nikmat yang tidak terjangka. Terima Kasih Allah!

LAIN-LAIN
Secara keseluruhan saya amat memuji pengisian program ini. Mungkin pengaturan yang sedikit tidak teratur menyebabkan saya agak tidak berpuas hati. Baik secara keseluruhan. Pelaksaan yang lebih terperinci mungkin dapat dilakukan agar dapat diperbaiki dari masa ke masa.

GAMBAR
Disebabkan sibuk. Ya, pertama kali saya terpaksa berlawan sebanyak 3 kali dalam masa beberapa jam sahaja. Letih! Jadi, hanya sedikit gambar dapa saya rakamkan di sana.

Bersama ......... (x ingat la pulak)

Antara ahli kumpulan

Lagi ahli kumpulan

Pembentangan di hadapan


UTP dan UIAM

Separuh akhir?


Peserta PECAH



Teman UIAM


TAHNIAH
Tidak lupa juga kepada Saudara Akmal Aizat kerana berjaya melayakkan diri sebagai peserta akhir Pidato Kepenggunaan. Malah, semoga berjaya menjadi johan pada 19 Julai ini. Moga RM 3000 berjaya dibawa pulang dan 
DIKONGSIKAN BERSAMA!
Sekian.


Muhammad Faris 'Azim
Kajang
Selangor 





Kem Biro Tatanegara di Kem Mega Kristal, Kuala Selangor

Assalamualaikum...
Antara ahli kumpulan 9

Di Bukit Melawati

Papan tanda Bukit Melawati

Ahli kumpulan lelaki

Bendera kumpulan yang masih belum ternoda

Rakan-rakan baru CFS IIUM
Itulah antara gambar yang dapat saya rakamkan sebentar sepanjang berada dan menyerti Kem BTN di Kuala Selangar 1-3 Julai lalu. Banyak pengalaman, ilmu, suka, duka dan pengetahuan yang dapat saya ambil sepanjang berada di sana.

Secara keseluruhan:-

Seronok
Seronok kerana dapat menambah kawan-kawan baru, pengalaman dan sebagainya

Berilmu
Kerana menerangkan kepada saya apakah itu Perlembagaan Persekutuan tak kira dari segi pengisian di dalamnya dan diluarnya

Letih
Baru minggu lepas selesaikan Pesta Cakna Hujah, terpaksa pula pergi ke BTN pada minggu berikutnya.

Emosi
Kadang-kadang usia fasilitator membataskan keselasaan kita untuk berada dekat di hati

Kepentingan
Kem ini menekankan kepentingan Melayu kepada kita secara keseluruhan termasuk golongan lain.

Penginapan
Amat tidak berpuas hati, hanya disebabkan kami tiba lewat. kami ditempatkan di tempat yang amat tidak selesa. Tempat bekas PENJARA katanya. Sangat tidak adil apabila ada antara kami ditempatkan di bilik yang berdingin hawa. Kami pula terpaksa berpeluh menahan bahang kepanasan!

Lain-lain
OK la!



Kesimpulan:-
Penulisan entry ini adalah bukan ingin menimbulkan ketidakselesaan atau kekacauan kepada mana-mana pihak. Harus diingat bahawa saya hanya ingin memberitahu apa yang saya perolehi dan komen pendek daripada saya, mana tahu akan dapat diperbaiki dari masa ke masa. Bukan menyebelahi mana-mana pihak. Tapi itu apa yang saya dapat ketika berada di sana.



Muhammad Faris 'Azim
Kajang
Selangor.