20110830

Iftar bersama-sama kawan TRIO

Alhamdulillah, berkesempatan juga berbuka puasa bersama-sama kawan-kawan TRIO di Sungai Petani. ya, kecil-kecilan sahaja. Yang penting kemeriahan dapat bersama-sama kawan dapat dirasai.

Pengalaman. Ya, sememangnya pelbagai pengalaman yang dapat saya ambil dan belajar sepanjang perjalanan ke sana.

Tayar kereta pecah disebabkan kemalangan yang sangat tidak disengajakan. Terpaksa berbuka puasa dengan kek bekalan Husnul Hadi, kerana penukaran tayar ganti mengambil masa yang agak lama. sangat menduga apabila hujan renyai-renyai menghiasi keadaan tersebut. Masalah timbul lagi apabila tayar ganti kereta juga pecah hingga menyebabkan kami terpaksa bersadai (tersadai) di tengah lebuh raya sehingga pukul 1 pagi menunggu pertolongan tiba. Malah, kami terpaksa juga berpayung di atas jalan raya apabila hujan renya-renyai turun. Sebenarnya, semangat untuk menulis diri ini sangatlah menebal. Cukup sekadar sedikit perkongsian gambar sepanjang majlis tersebut.

Muslim  :)

Zul dan Nafis

Nadzrin

Terima kasih Husnul Hadi

Tayar kereta yang pecah buat kali pertama

Tekun membantu

Pengarah program; Zaid dan Aizat Nazmi

Yang hadir

Nafis dan Rahim

Ashraf Shafii an Izzat Illias

Cuma nak mengucapkan selamat maju jaya kepada kawan-kawan yang akan meninggalkan bumi Malaysia untuk meneruskan pengajian mereka. Tak kisahlah yang akan ke China, Mesir, Jordan dan sebagainya dalam masa terdekat ini. Semoga maju jaya dan jagalah diri anda sebaik mungkin. Insya Allah, kalau ada peluang lagi, kita akan berjumpa. :)

Muhammad Faris 'Azim
Kampung Alor Ganu
Kedah
Home Sweet Home

20110823

Susah sangat ?

Assalamualaikum...

Susah? Ya, semenjak berada di Pusat Asasi UIA. Ada juga kalau masa belajar di I-KUPS dulu. Tujuan tulis entry ini adalah untuk meluahkan pendapat dan perasaan yang terbuku sebenarnya, mungkin dengan penulisan ini dapat meredakan serba sedikit keadaan yang merunsingkan.

Selingan;Gambar kelas BIOLOGY

Macam-macam kerenah dan perkara tak kira yang terpaksa dilayan tak kira dengan kawan-kawan mahupun tugasan pembelajaran yang terpaksa dihadapi!

Selingan;gambar bukan formal

Cukuplah melihat selingan gambar sepanjang saya berada di sini, berbalik kepada tajuk diatas. Susah sangat? Ya, bagi sesetengah keadaan kita sangat susah nak menerima hakikat atas apa yang terjadi. Kerenah manusia pelbagai, susah nak kawal. Memang susah nak dijangka dan susah untuk diselesaikan.

Situasi pertama, manusia sangat susah untuk difahami. Ya, benar. Bermacam kerenah perlu untuk ditangani, perlu untuk dihadapi. Ada yang amat mementingkan kesempurnaan. Sehingga kita terpaksa menahan perit di dada, menerima dan melaksanakan kesempurnaan yang perlu untuk dilengkapi.
Sedih, saya tak kisah untuk susah agar kawan kita mendapat kesempurnaan. Tapi, diri tak dapat tahan apabila kesusahan diri diambil kesempatan untuk kepentingan diri. Dipandang sampah!  Sampah! Sangat geram apabila kita cuba membuat yang terbaik untuk memuaskan hati mencari kesempurnaan, namun tak dihargai. Tak pernah nampak apa yang cuba dibuat, tapi nampak apa yang tak dibuat. Mahu juga timbal balik yang adil, ada yang memberi ada yang mendapat. Solusi diri hanya mendiamkan diri, tak berkata apa-apa, biar hati sedih ini membawa diri. Apabila sampai masa, mungkin hati akan terbuka menerima keadaan yang berlaku. Benar, manusia sangat susah dijangka.

Situasi kedua, manusia sangat susah untuk berterima kasih. Sangat bersetuju! Memang sangat susah. Apabila meminjam atau mengambil atau menerima apa-apa, wajib ada penutup "TERIMA KASIH". Bukan untuk terlampau mengharapkan atau ingin nampak terlalu berjasa. Namun, dengan TERIMA KASIH sebenarnya dapat melunturkan semua perasaan marah walau apa cara sekali pun. Contoh, apabila kita sahaja yang bersusah payah menyiapkan sesuatu kerja dalam kumpulan, namun langsung tak dihargai oleh sesiapa walau dengan apa cara sekali pun. Berat sangat mulut untuk mengucapkan TERIMA KASIH? Rasanya, itulah cara yang paling mudah sebenarnya untuk menghargai seseorang, bersyukurlah apabila orang tersebut tidak meminta apa-apa yang lebih menyusahkan. Cukup kita sendiri sedar untuk mengucapkan TERIMA KASIH. Malah, adab kita untuk bersopan-santun dalam apa jua tindakan kita. Perkataan terima kasih sebenarnya sudah menggambarkan semuanya. Terima Kasih!

Kesimpulannya, manusia sebenarnya sangat susah dijangka. Pelbagai kerenah! Terutama apabila kita merubah dan menyertai dalam sesebuah komuniti!
Diri ini cuba untuk menerima keadaan masyarakat dengan baik. Dan masyarakat juga harus bertindak baik apabila sesiapa sahaja bertindak baik!
Harus diingatkan bahawa penulisan ini tidak bertujuan untuk menyerang mana-mana pihak namun sebagai renungan kita bersama.
Penulisan yang ringkas, cuma mengulas keadaan masyarakat kita.

Muhammad Faris 'Azim
CFS IIUM
Petaling Jaya

20110822

Liga Ramadhan KDBM CFS IIUM

Assalamualaikum....

Alhamdulillah,
selepas lama merancang. Dapat juga KDBM CFS IIUM menganjurkan Lida Debat Ramadhan bertempat di CFS IIUM Petaling Jaya pada 20-21 Ogos 2011 telah berjaya diadakan dengan jayanya.  Banyak ilmu, pengajaran, pengalaman, keinsafan, kesusahan, kejayaan, keletihan dan sebagainya telah kami lalui bersama.

Berdebat sebanyak 4 pusingan pada hari yang sama, bercakap tanpa henti selama 2 hari, pemikiran diasah dengan pelbagai isu menarik dan mencabar, ikatan jalinan ukhwah antara KDBM Petaling Jaya dan Nilai, mengeratkan lagi silaturahim bersama keluarga KDBM antara pengalaman yang tak mungkin dilupakan. Ya, tak perlu mengulas panjang, cuma gambar sebenarnya yang dapat mengambarkan keadaan.

Kumpulan "Batang Buruk" memperolehi Naib Johan

"Confleks Madu" berjaya memenangi Liga Debat apabila usul
"Buku Jingga lebih bagus dari GTP" di tolak

Acap & Ida

Anas & Sam

Kumpulan Conflakes Madu di peringkat Separuh Akhir

Syazwan Aidid

Kumpulan Kuih Kacang di peringkat Separuh Akhir

Sara

Anas

Batang Buruk; Akhir

Plaque Pendebat Terbaik
Propa semata-mata

Cantik gambar ni

KDBM Nilai

Aiman, Sara, Shida

Terima kasih sebenarnya pada semua kerana memberikan pengalaman terbaik buat saya. Segala kekurangan mohon ditegur dan dibaiki bersama. Moga dapat lagi diadakan pada masa akan datang!

Muhammad Faris 'Azim
CFS IIUM
Petaling Jaya

20110816

Semangat! Kau ke mana?

Assalamualaikum.....

Tulisan yang anda fahami dan tak mungkin anda fahami, jadi fahamlah keadaan ayat ini!

Kali ini, masih dan sedang runsing untuk memikirkan malah mencari masa untuk menyiapkan tutorial dan mengulangkaji pelajaran Matematik dan Biologi. Runsing! Ke mana semangat kau menghilang?. Susah untuk kau datang pada satu-satu masa. Susah untuk kau pergi pada satu-satu masa. Semuanya jadi macam tak kena. Nak buat? Sangat nak buat! Tapi, kemana semangat hilang apabila Nak Buat hadir?

Datang la semangat! Bengang? Memang la, tak tahu nak lepaskan pada siapa jikalau tidak pada tulisan di blog yang susah untuk meningkat followernya. Cemburu, sangat cemburu melihat insan yang mempuntai ribuan follower walaupun masih setahun jagung. Lihat! Sudah kemana tulisan aku melalut, kemana semangat ini hilang?

Datang la semangat, tolong aku menyelesaikan masalah diri, jadilah seperti rakan semangatmu yang dahulu datang apabila tutorial sebelum ini berlangsung.

Tak apa, mungkin lelap mata ini sekejap akan menghadirkan semangat dalam diri. Datang la semanagt. Semuanya jadi tak bersemangat! Meeting yang berlangsung tadi? Bersemangat saja! Ya Allah. tolonglah hambaMu ini mencari dan memberi semangat yang hilang.
Tolong Ya Allah.

Serabut? Ya, sangat serabut. Tak dapat diterjemahkan kepada anda. Serabut dengan keadaan dan hidup sekarang. Semuanya macam tak kena. Sangat tak kena! Hidup memang tak akan senang. Itu pasti dan saya tahu! Ya, tak akan pernah mudah untuk kehidupan senang. Berusaha? Ya, sangat perlu dan mesti berusaha. Kena berusaha jikalau nak dapat hidup yang senang.

Cukup! Cukup aku berleter padamu blog!

Hiraukan keadaan bahasa dan ayat penulisan ini. Cuma penulisan yang pendek dan ringkas mengambarkan keadaan sekarang diri ini

Muhammad Faris 'Azim
CFS IIUM
Petaling Jaya.

20110814

IGA actually→:)

Assalamualaikum....

Ok, I just know that the English Test named,
In- Class Graded Assessment (IGA).
Ya Allah, I'm taking the test, but I just know know it's name because "ter"realise there is a note stated about the exam.

Conclusion about the exam:
Ok la, not so bad. Managed to write all the answer. Just HOPING the best. Alhamdulillah, managed to write the essay about "describing the line graph"  and "The Internet" theme question. Don't want to write anymore. Just want to take a nap for my  next class. BIOLOGY.

Also, Thank you to Solihin, checking my grammar mistakes for my yesterday entry.

Muhammad Faris 'Azim
CFS IIUM
Petaling Jaya.

English Test?

Assalamualaikum....

Yeah, right now my automatic electronic orange clock on my laptop screen show it's time. 2.03 a.m. My desk was in the messy condition. Everything is mingling together. Laptop, books, wires, papers and pens.

Ok tomorrow, not tomorrow, just a few hours from now. I will sit for the English Exam.
Just the test for preparation for the English Placement Test. So, it means that the marks will not affect my Final Result Exam.

Actually, I just woke up from my sleep at my beloved desk ( Just a nap to calm myself from getting really not comfortable and a little bit dizzy after having my supper, may be also from my too much sleep during the whole weekend). Yes, from my desk because I know that I if I sleep  at my bed, something worse will happen!
And of course, I do not know what I am supposed to do right now. Should I focus on grammar or essay or comprehension or anything?

Grammar?

TOEFL? The comple Guide to the Test.

My English Grammar is never getting better, it even become more deteriorate. Yes! I try to improve My English with speaking, reading and writing. Just HOPING the best for tomorrow, maybe after "sahur" time I will continue my English Study.

p/s: solihin tolong cek grammar!
diedit setelah solihin membetulkan grammar!

Muhammad Faris 'Azim
CFS IIUM
Petaling Jaya.

20110810

Keputusan "PERTANDINGAN BLOG PALING KREATIF"

Assalamualaikum...

Pertama maaf kepada peserta PERTANDINGAN BLOG PALING KREATIF kerana terlampau lambat untuk mengumumkan pemenang pertandingan terbabit. Kesibukan diri sememangnya membataskan saya untuk menilai blog anda. Tambahan dengan masalah mendapatkan perkhidmatan internet yang laju dan selesan untuk menilai blog anda. Berikut adalah peserta yang menyertai pertandingan terbabit. Maklumkan kepada saya jikalau anda tiada dalam senarai dibawah!

Senarai peserta yang dapat dikesan

~http://iamnerdoubt.blogspot.com/2011/05/jom-sertai-pertandingan-blog-paling.html
~http://www.ibnuddin.com/2011/05/jom-sertai-pertandingan-blog-paling.html
~http://sesedaporen.blogspot.com/2011/05/jom-sertai-pertandingan-blog-paling.html
~http://khrkhrkhrkhrkhr.blogspot.com/2011/05/jom-sertai-pertandingan-blog-paling.html
~http://alynnnyzaa.blogspot.com/2011/05/jom-sertai-pertandingan-blog-paling.html
~http://dilaexsapphire.blogspot.com/2011/05/jom-sertai-pertandingan-blog-paling.html
~http://eidasazali.blogspot.com/2011/05/jom-sertai-pertandingan-blog-paling.html
~http://colourofcikfarah.blogspot.com/2011/06/jom-sertai-pertandingan-blog-paling.html
~http://adlishinichi.blogspot.com/2011/06/jom-sertai-pertandingan-blog-paling.html
~http://watgempakjer.blogspot.com/2011/06/jom-sertai-pertandingan-blog-paling.html
~http://www.nizamijam.co.cc/2011/06/jom-sertai-pertandingan-blog-paling.html
~http://hey-this-is-my-world.blogspot.com/2011/06/jom-sertai-pertandingan-blog-paling.html
~http://ipai-ans.blogspot.com/2011/06/jom-sertai-pertandingan-blog-paling.html
~http://cikedispedas.blogspot.com/2011/06/jom-sertai-pertandingan-blog-paling.html
~http://dearked.blogspot.com/2011/06/jom-sertai-pertandingan-blog-paling.html
~http://merahlaben.blogspot.com/2011/06/jom-sertai-pertandingan-blog-paling.html
~http://unpredictablepeeps.blogspot.com/2011/06/jom-sertai-pertandingan-blog-paling.html
~http://atienabila.blogspot.com/2011/06/jom-sertai-pertandingan-blog-paling.html
~http://syamimharun.blogspot.com/2011/05/jom-sertai-pertandingan-blog-paling.html
~http://superazri92.blogspot.com/2011/06/jom-sertai-pertandingan-blog-paling.html

Ya, sememangnya saya akui bahawa saya sangat menuyusahkan dan membebankan anda dalam proses dan keadaan penganjuran PERTANDINGAN ini. Antaranya:-

1. Mengubah tarikh tutup pertandingan sesuka hati sahaja; dari 30 Mei 2011 kepada 20 Jun 2011
2. Memberikan maklum balas lambat atas keputusan pertandingan ini
3. Memeningkan kepala anda dengan meletakkan 2 entry pertandingan
Oleh itu, molek kiranya saya memberi alasan agar anda mungkin akan lebih berpuas hati dan memahami keadaan saya:-

1. Mengubah tarikh tutup pertandingan sesuka hati sahaja; dari 30 Mei 2011 kepada 20 Jun 2011 Penerangan kepada keadaan ini ; sebenarnya saya mula menganjurkan pertandingan ini pada 21 Mei 2011, jadi dengan harapan akan dapat mencari pemenang pada 30 Mei berikutnya. Namun, masalah berlaku apabila tarikh pendaftaran kemasukan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) adalah pada 28 Mei 2011. Kesan kepada keadaan ini menyebabkan saya sangat sibuk dengan meyediakan kelengkapan dan proses pendaftaran. Oleh itu, saya terpaksa menunda tarikh tutup pertandingan kepada 20 Jun 2011 berikutan tidak sempat untuk membuat penilaian keadaan blog peserta. Minta maaf...
2. Memberikan maklum balas lambat atas keputusan pertandingan ini Penerangan kepada keadaan ini ; Jadi disebabkan saya sudah menunda tarikh pertandingan. Dengan harapan akan dapat menilai pemenang pertandingan ini secepat mungkin. Masalah lain pula timbul apabila aktiviti di UIAM sangat padat dan sibuk membataskan lagi kudrat saya untuk mencari pemenang. Antaranya tutorial, kuis, bahas, pelajaran, kem, ceramah dan sebagainya. Malah, kemudahan untuk memdapatkan kemudahan internet juga menyumbang kepada kelewatan pengumuman pemenang. Minta maaf...
3. Memeningkan kepala anda dengan meletakkan 2 entry pertandingan. Penerangannya adalah KESAN daripada pengubahan tarik tutup pertandingan menyebabkan saya terpaksa untuk mengeluarkan entry terbaru. ENTRY ini adalah yang lama dan ENTRY ini sebagai susulan. Minta maaf...

Jadi, saya kira saya sudah membetulkan masalah yang telah berlaku sepanjang pertandingan ini berlaku. Saya mempelajari pelbagai pengajaran berguna daripada masalah ini dan berharap anda memahami keadaan ini. Secara kesuluruhan akan saya berusaha untuk membaiki mutu pertandingan dari masa ke masa.

Pemenang

TEMPAT PERTAMA

TEMPAT KEDUA
Cik Farah

TEMPAT KETIGA
Hush and Slaphappy

TEMPAT KEEMPAT
Seypul Simple Official Blog

TEMPAT KELIMA
Ibnuddin

Hadiah

Banner untuk semua peserta

Banner pemenang tempat pertama hingga tempat kelima

Hadiah banner khas untuk tempat Pertama

Hadiah bonus kepada pemenang tempat pertama
Sila e-mailkan alamat rumah anda untuk menerima hadiah terbabit kepada

Penutup

Alhamdulillah, saya kira sudah selesai pengumuman pemenang Pertandingan Blog Paling Kreatif. Mohon ampun dan maaf kerana menangguhkan pengumuman ini. Terima kasih kepada yang sudi menyertai. Tak lama lagi, saya akan meletakkan bloglist pemenang tempat pertama hingga kelima di blog saya. InsyaAllah. Terima kasih kerana menyokong pertandingan blogger baru seperti saya ini.
Sekian terima kasih.

Muhammad Faris 'Azim
CFS IIUM
Petaling Jaya