20111129

Cartoon | 2012











Pengajaran
  1. Jangan mudah percaya benda yang tak pasti
  2. Dan cartoon ni tak ada kena mengena dengan sapa-sapa
  3. Semua ini hanya untuk keseronokan semata-mata



Dipetik dari cakap-cakap kawan aku jugak




Muhammad Faris 'Azim
Kg Alor Ganu
Kedah


20111128

Alhamdulillah | Selamat semuanya

Kalau dekat Kedah, orang panggil Anak Menakan
Dekat tempat lain, orang panggil Anak Saudara
Ada jugak yang panggil Anak Buah

MUHD DARRIS FIRDAWSH

Apa yang pasti yang ni paling susah nak sebut
Aku membayangkan susah payah cikgu nak panggil nama budak ni bila masuk sekolah nanti
Tak sesukar yang lain, macam

ANNUR ZUKHRINA
AUNI BATRISYA
AYESHA MAISARAH
DANISH FAKRISH
NUR ALISA DAMIA
DARWISH FIRASH

Ya, masuk yang ni, dah 7 orang anak saudara aku.
Dan 3 orang anak Kakak aku, 4 orang anak Kak Cik aku
Tak pa la, aku tak dak adik, tapi aku ada ramai anak menakan
Sikit ja lagi, boleh dah cukup buat team bola sepak
Ganti Team Malaysia, ganti la sangat~~


Tahniah Kak Cik a.k.a. Razamazlini binti Abdul Razak
Dapat baby baru.







Muhammad Faris 'Azim
Kg Alor Ganu
Kedah


Cartoon | China vs CINA







Rezeki Allah masing-masing ada
Cuma cepat atau tidak sahaja
Sabar itu yang penting
Itu rezeki kamu
Tahniah.
:)






Muhammad Faris 'Azim
Kg Alor Ganu
Kedah


20111127

Bersabarlah | Harimau Malaya



Tadi, ada perlawanan bola sepak Malaysia menentang Bahrain
Kelayakan Olimpik 2012
Malaysia memang mantap pada awalnya,
dan aku rasa, disebabkan mereka terlalu yakin,
dalam sekelip mata, Malaysia terus goyah
goyah dan terus tumbang
semua senyap tanpa kata-kata, HAMPA.
MALAYSIA KALAH


Tapi, semua ini barulah permulaan.
Masih jauh lagi perjalanan kalian.
Penangan SUKAN SEA masih lagi terasa
Keep trying. :)





Muhammad Faris 'Azim
Kg Alor Ganu
Kedah


20111126

Entry Awal Muharram



Moga kita dapat berubah ke arah kebaikan dari masa ke masa




Muhammad Faris 'Azim
Kg Alor Ganu
Kedah 


20111125

Aku tak tahu

Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan sekarang. Aku seperti Mat Jenin, asyik berangan dan memikirkan masa depan. Ya, aku memikirkan masa depan yang sangat gemilang, tapi aku tidak beusaha mencapai angan-angan Mat Jenin. Tapi, mungkin angan-angan yang terlampau tak mungkin dicapai. Mat Jeninlah tu.

Aku sangat berangan-angan nak jadi popular. Kerana aku rasa buat apa aku hidup namun hidupku tidak dikenali. Ya, mungkin ada orang akan cakap, tak payah popular dalam kalangan manusia sebab tak akan bawa ke mana. Biarlah popular di sisi Allah dan itulah yang lebih penting. Ya jugak, sebab aku mahu popular kedua-duanya.

Aku rasa penting popular di sisi Allah untuk mencapai redhaNya. Aku rasa penting juga untuk popular dalam kalangan manusia sebab aku rasa macam dihargai. Entah la, tak tahu la nak terangkan keadaan itu macam mana. Tapi aku rasa penting la

Tapi, takut jugak kalau popular, orang akan sentiasa mencari kesalahan kita. Sentiasa tahu. Dan aku rasa kes ini macam selari dengan kisah seorang makhluk Allah ini. Rasanya ditindas sambil dicemburui sebab famous atau popular dalam kalangan sesuatu komuniti. Keadaan itu menyebabkan dia dibenci. Tapi, aku pesan yang ujian selalu akan melanda. Bersabar sahaja caranya.

Tadi, aku rasa agak marah apabila ada seseorang ini di Facebook apabila dia sesuka hati post benda yang sangat menunjukkan dia sangat BODOH. Bukan apa, dia tidak memikirkan keadaan yang sebenar dan mengkaji betul-betul apa yang sedang berlaku. Apabila timbul satu fakta, terus mempercayainya. Terus menghebahkan dengan kefamousan dia. Tengok, popular boleh mempengaruhi orang. Sebab tu aku nak famous. Satu lagi kes apabila ada gambar edit sikit, terus percaya. Terus mengutuk sambil buat ketupat. Macam terlampau bodoh tak belajar 98675678 tahun. Jadilah bijak 4567876512345 tahun sikit dengan kaji dahulu sumber sesuatu benda tu. Jangan rosakkan imej anda dengan buat perkara BODOH.


Aku rasa tak tau nak tulis apa sambil malas nak sambung tulis cerpen




Muhammad Faris 'Azim
Kg Alor Ganu
Kedah


20111123

Segmen 5 Pasal Cinta !

Aku tengah blogwalking.
Lepas tu, aku terjumpak segmen ini
Dan segmen ini pulak ada benda yang menarik untuk diulas
Benda yang dah lama aku nak tulis dan luah

Tekan banner kalau nak join


Dalam SEGMEN ini, kita hendaklah menjawab beberapa soalan yang dinyatakan
  1. Dalam percintaan korang ada tak lagu khas untuk percintaan antara korang? Kalau ada apa lagu itu????
  2. Korang dan kapel ok jer memang tak ada nampak perubahan pun,memang nampak korang yakin yang pasangan korang itu seolah memang nampak akan setia pada korang,namun,jika kapel korang tiba-tiba menghantar mesej pada korang berbunyi seperti ini " awak,maafkan saya,sebab saya bukan yang terrbaik untuk awak,awk boleh memiliki yang lebih baik daripada saya,maafkan saya, saya tak dapat teruskan perhubungan ini!"haa.. apa perasaan korang kan pada masa itu ??? dan apa tindakan yang korang akan lakukan sejurus menerima kenyataan seperti itu???
  3. Jika korang clash, apa lagu yang paling sesuai dan ingin korang tujukan pada diri korg dan kapel ??? kenapa lagu itu korang pilih ???
  4. Kapel yang kelakar,kaya,hensem,cantik,pandai dan sebagainya,yang mana korang lebih pilih??? kenapa?
  5. Pada korang,kalau bercinta tu harus ker buat post kat fb atau twitter dengan ayat seperti ini" i love you sayang", "rindu kat dia", "tanks syg sebab blnje ayg td" dan macam-macamlah sampai semua orang tahu..haruskan begini?? kenapa??

Soalan pertama
Dalam percintaan korang ada tak lagu khas untuk percintaan antara korang? Kalau ada apa lagu itu????
Dalam percintaan? Disebabkan aku tak bercinta dan kalau berpeluang sekalipun aku rasa tak perlu la nak berlagu-lagu ni. Kalau aku nak bercinta sekalipun, biarlah percintaan ala-ala Nur Kasih. Tapi. Kalau tiba-tiba pulak mood aku kata memerlukan lagu. Aku rasa lagu yang paling best dan sesuai adalah lagu oleh Avril Lavigne - Complicated


Sebab aku rasa lagu ni ada maksud yang mendalam dan sesuai untuk dihayati. Sebab kalau nak tempuhi sesuatu percintaan la sangat. Semua benda pasti ada halangan. Dan semua halangan yang ditempuhi mestilah complicated. Aku yakin yang lagi complicated, lagi sayang Allah dekat hambanya. Sebab kalau dalam cerita Nur Kasih tu, banyak gila halangan yang menyebabkan mereka semua lebih kuat. Kuat untuk lebih menyayangi Allah . Tapi, semua itu hanyalah dalam cerita. Kat luar Tiz, Remy Ishak, Fizz Fairuz dan yang lain sangat berbeza dengan personaliti mereka. Dan pagi tadi aku cuba buat lagu ni sebagai alarm dan aku terkejut bahawa lagu itu sangat berjaya menggerakkan aku. Mungkin juga lagu di bawah tapi tukarkan GIRLFRIEND kepada BOYFRIEND. Avril Lavigne - Girlfriend


Ingat, lagu di atas tukarkan perkataan GIRLFRIEND kepada BOYFRIEND. Kalau aku rasa nak hadiahkan sambil menghayati lagu nasyid, aku rasa Lagu UNIC - Ainul Mardiah yang paling sesuai. Kalau nak rasa layan lagu nasyid la.





Soalan kedua
Korang dan kapel ok jer memang tak ada nampak perubahan pun,memang nampak korang yakin yang pasangan korang itu seolah memang nampak akan setia pada korang,namun,jika kapel korang tiba-tiba menghantar mesej pada korang berbunyi seperti ini " awak,maafkan saya,sebab saya bukan yang terrbaik untuk awak,awk boleh memiliki yang lebih baik daripada saya,maafkan saya, saya tak dapat teruskan perhubungan ini!"haa.. apa perasaan korang kan pada masa itu ??? dan apa tindakan yang korang akan lakukan sejurus menerima kenyataan seperti itu???
Ok, kalau situasi ini berlaku. Aku rasa aku akan terus call dia. Tanya sebab apa yang menyebabkan dia tulis macam tu. Sebab mana tahu yang ada kawan dia yang hacked handphone dia ka?. Manu tahu. Lepas dah telefon, kalau benar apa yang dituliskan.

Aku rasa buat apa lagi nak sayang orang yang tak kenangkan perhubungan. Sebab aku rasa dia yang rugi, sebab sekarang laki sikit daripada perempuan. Kalau dia lepaskan aku. dia yang terlampau rugi sebab aku boleh cari lagi 23 yang sedang menunggu. Bukan playboy. Faham?


Soalan ketiga
Jika korang clash, apa lagu yang paling sesuai dan ingin korang tujukan pada diri korg dan kapel ??? kenapa lagu itu korang pilih ???
Aku rasa, kalau situasi di atas menjadi. Untuk menghargai dia buat kali terakhir. Aku patut iringkan dia beberapa lagu yang sesuai. Mana tahu untuk menutup kerugian dia.



  1. Lagu pertama adalah Avril Lavigne - Wish you were here
  2. Lagu kedua adalah Avril lavigne - When you're gone

Soalan keempat
Kapel yang kelakar,kaya,hensem,cantik,pandai dan sebagainya,yang mana korang lebih pilih??? kenapa?
Soalan di sini macam ciri-ciri perempuan yang aku nak la. Aku rasa aku mestilah nak yang cantik dan beragama macam Dhia dalam cerita Tentang Dhia setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam. Sebab Rasullulah juga menyarankan kita memilih yang cantik supaya nanti tak sesal. Calon? Aku rasa dah ada, tapi aku rasa sekarang bukan masanya aku nak reveal perasaan aku. Aku rasa masih awal sebab aku masih belajar. Dan kalau tak sempat pun, tak pa la. Tak ada jodoh. Jodoh, pertemuan dan ajal semuanya di tangan Allah. Yang penting perlahan-lahan. Jangan gelojoh!


Soalan kelima
Pada korang,kalau bercinta tu harus ker buat post kat fb atau twitter dengan ayat seperti ini" i love you sayang", "rindu kat dia", "tanks syg sebab blnje ayg td" dan macam-macamlah sampai semua orang tahu..haruskan begini?? kenapa??
Inilah benda yang aku nak cakap dan luah. Benda yang lama dah aku nak tulis. Aku rasa sangat-sangat tak perlu. Usah biarkan satu dunia tahu mengenai kamu berdua. Sebab nanti kamu akan rasa sangat kecewa apabila hubungan kamu tidak menjadi. Ditambah kawan-kawan kamu akan bertanya dan pasti akan ada sesi mengumpat sambil kamu telah menambah dosa orang. Orang cakap, bercinta bagai nak rak, tapi berpecah juga akhirnya. Contohlah kalau kamu dan pasangan tiba-tiba putus secara kasar dan tidak baik. Sudah pasti akan berlaku sesi kutuk mengutuk antara kamu yang lebih dasyat di Facebook terutamanya dan menyebabkan orang lain rasa annoying. Bukan, sangat dan terlampau annoying.

Dan aku rasa sangat menyampah gila bila ada contest yang suruh like banyak-banyak. Yang jadi masalahnya apabila siap ada contest sweet couple haram jadah. Apakah? Dah la banner sudah berpeluk-peluk. Lepas tu suruh orang LIKE. Dah la kamu dah berbuat dosa, malah siap spread dosa kamu untuk setiap orang yang like.

Lainlah, kalau ada contest Keluarga Bahagia bagi hadiah peti sejuk ka. Aku rasa bahagia juga la nak tolong like. Dan juga aku semakin anti dengan blog yang menayangkan gambar pasangan siap peluk-peluk macam tak ada apa-apa. Lepas tu letak gambar penuh dekat sidebar. Apatah lagi rasa nak follow walaupun dia dah follow aku.

Sedarlah wahai kawan, kita berada di Malaysia. Negara yang  majoritinya mengamalkan prinsip keislaman. Tak payah nak menayang diri anda yang tidak menutup aurat sambil buat dosa. Kalau rasa nak buat semua tu, aku rasa lebih baik kamu pindah pergi duduk USA. Tak pun, kalau tak mampu pergi duduk Thailand dekat sahaja.

Jap, adakah aku telah terpengaruh dengan Solihin pasal isu aurat dan Avril Lavigne ni. Apakah?






Muhammad Faris 'Azim
Kg Alor Ganu
Kedah


CONTEST BLOG SUPERAWSOME BY SHA

Tekan BANNER kalau nak join. :)

  • FIRST PRIZE : RM 150 wang malaysia , A korean handbag < purple > , A korean jacket ,A pashima shawl and Top up RM 30 (Maxis,Digi,Celcom)
  • SECOND PRIZE : RM 50 , A korean handbag Top up RM 30(Maxis,Digi,Celcom)
  • THIRD PRIZE : RM 50 wang Malaysia and RM 10 TOPUP (Maxis,Digi, Celcom)
  • Kalau tak nak top up . Sha Boleh Edit blog korang . Nak Edit Blog cume boleh pakai [denim , washed danim dan blogskin]
  • SAGU HATI (2 PEMENANG) : header and Jam tangan Jenama guess . (Based on your request).

Keadaan hadiah itulah yang sebenarnya menarik minat aku untuk join Contest ini. Sebab aku sebenarnya jarang nak bercontest-contest ni. Untungla Cik Shaza sebab telah berjaya mempengaruhi aku untuk join. Tak pa, kita mencuba nasib dan itulah yang penting, Kan? Tak, tawakal selepas berusaha dan itulah yang penting. :) Tag jugak Solihin dan Iqbal untuk join. Jom la.


Dekat sini dah start hujan dah, 

kalau nak banjir pun nak bua macam mana. 
Redha sajalah



Muhammad Faris 'Azim
Kg Alor Ganu
Kedah


20111122

Wordless Wednesday | ADIL



Ramai orang salah anggap maksud adil yang sebenarnya
Bertindaklah ADIL


Sekarang aku dah obses dengan design guna Photoshop
Siapa yang nak suruh aku design apa-apa boleh la suruh. 
Terutamanya HEADER








Muhammad Faris 'Azim
Kg Alor Ganu
Kedah


Tutorial : Page jenis tulisan

Aku malas nak menaip panjang-panjang. Dan aku terus buat tutorial



Kalau perasan. Berdasarkan gambar di atas. Kamu boleh melihat di bawah header. Ada page kan? Tapi page ini bukanlah seperti tutorial sebelum ini. 

Pastikan juga, kamu dah CREATE PAGE kamu terlebih dahulu.
Nak CREATE PAGE. Klik seperti bahagian di atas.

Pastikan juga kamu dah remove page gadget kamu seperti di bawah
Mesti buang gadget tu dulu.




Pertama
DESIGN → Add a Gadget→ HTML/Javascript→ Masukkan code di bawah

<center><span class="Apple-style-span" style="font-size: large;">
<b><a href="LINK 1">AYAT 1</a></b>|  
<b><a href="LINK 2">AYAT 2</a></b>|  
<b><a href="LINK 3">AYAT 3</a></b>|  
<b><a href="LINK 4">AYAT 4</a></b>|  
<b><a href="LINK 5">AYAT 5</b></a>
</span></center>

  1. Warna merah : Tukarkan dengan URL page kamu. 
  2. Warna biru : Tukarkan dengan ayat masing-masing
  3. Warna oren : Itu kebesaran tulisan. Boleh tukar x-large, x-small, xx-small
  4. Kalau rasa  macam banyak sangat. Boleh padam mana-mana line. 

Kedua
Kalau rasa macam jarak antara tulisan tu dekat. Boleh saja tekan SPACE banyak-banyak nak bagi berjarak

Ketiga
PREVIEW tengok ada salah atau pun tidak. Dah OK, boleh SAVE TEMPLATE. Selesai

 



Muhammad Faris 'Azim
Kg Alor Ganu
Kedah


Tutorial : Letak page facebook dalam blog (BIASA)


Ada orang yang request tutorial ni.
 Jadi, sesiapa yang masih belum letakkan aplikasi page facebook dalam blog kamu. 
Bolehlah ikut tutorial ni.

Pertama
  1. Kamu mesti ada facebook untuk buat aplikasi ini. Mestilah. Dan tekanlah PROFILE kamu
  2. Kalau diperhatikan dibawah sekali PROFILE kamu. Akan ada perkataan CREATE A PAGE di bawah sekali page kamu. Tekan yang tu.

Kedua

  1. Bila dah tekan CREATE A PAGE. Akan keluar page ini pula. Pilihlah yang mana berkenaan dan akan terhasillah page facebook blog kamu


Ketiga
Kamu haruslah KLIK LINK ini. Mesti klik sini.
Tujuan kamu KLIK link di atas adalah untuk menambah aplikasi LIKE page dalam blog kamu. Ya lah, mestilah kena ada page like. Kalau tak, buat apa buat page blog. Kan?

Setelah klik link di atas. Kamu akan mendapati terdapat 2 jenis LIKE PAGE yang boleh diletakkan dalam blog
  1. Like Button
  2. Like Box


Kalau KLIK Like Button
  1. Isilah dengan URL page kamu. Cara nak dapatkan URL page seperti di bawah. Dan tick/untick apa yang patut untuk page facebook kamu
  2. Tekan lah GET CODE untuk dapatkan code dan letakkan dalam blog


Copy LINK URL PAGE kamu di situ

Ambik code yang bawah. Letak <center>CODE</center> kalau nak centerkan page kamu


Kalau KLIK Like Box
  1. Sama macam step di atas

Keempat
DESIGN → Add a Gadget→ HTML/Javascript→ Masukkan code→Preview→ Siap




Kalau nak tanya tutorial. Suruh saja. InsyaAllah aku akan tolong
 Kalau rajin boleh tolong KLIK SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI





Muhammad Faris 'Azim
Kg Alor Ganu
Kedah


20111121

Aku terus minat bola lepas Malaysia menang


Dari kecik, aku memang tak minat bola dan kaki bangku. Alasannya cukup mudah, tak ada seorang dalam ahli keluarga aku pun minat bola. Dan sebab aku tak pernah bermain bola dari kecik sebab aku lebih terdorong main toi (galah panjang), jengket-jengket, aci sembunyi, tuju kasut, tuju tin, guli, mengai ikan puyu (memancing) dan seumpamanya. Juga dengan memasak bukan masak-masak sebab aku pernah hampir keracunan sebab masak ubi keladi yang gatai tu selepas dipanggang bajet BBQ. Malah, kawasan kejiranan aku sangatlah tak ada permainan bola sepak. Mungkin kerana kawasan kampung aku dipenuhi dengan hutan dan bukan padang  untuk bermain bola. Kalau dekat sekolah pula, kawasan sekolah aku dipenuhi tar yang membataskan permainan bola dengan ganas sebab kalau jatuh pasti akan berdarah. Sakit. Jadi, kalau dekat sekolah aku lebih prefer untuk bermain bola yang kena jentik kertas. Macam dalam cerita Upin dan Ipin tu. Mudah. Sebab selamat. Kalau dekat SBPIKP aku pula lebih menghabiskan masa petang aku dengan berbahas dan main bola tampar sebab jari kaki aku sakit dengan masa yang lama. Tapi, bila ada World Cup. Aku suka juga tengok bola dengan kawan-kawan tapi semangat bola hilang lepas habis World Cup.



Namun, pada perlawanan Malaysia menentang Indonesia pada peringkat kumpulan, Malaysia menentang Myanmar pada peringkat separuh akhir dan sewaktu Malaysia menentang Indonesia sekali lagi semalam pada perlawanan akhir.
Tiba-tiba sahaja semangat aku untuk bola semakin meningkat. Entah, rasa macam ada sesuatu yang menarik minat aku. Aku andaikan bahawa ini mungkin sebab Malaysia yang menang. Kalau kalah tak tau lah.
Sebab kalau tengok World Cup pun. Bukan ada team Malaysia yang nak dibanggakan. Sebab itulah semangat bola World Cup mudah hilang. Kalau boleh aku nak tengok lagi pasukan Malaysia lawan untuk kelayakan Olimpik nanti. Tahniahlah Harimau Malaysia kerana mengharumkan nama Malaysia dengan menundukkan Garuda Indonesia di tempat orang. Tahniah! Moga mutu sukan Malaysia dapat ditingkatkan lagi. Bukan dalam sukan bola sepak sahaja tapi semualah.
Majulah sukan untuk negara.
Kalau Malaysia kalah sekalipun. Janganlah terlampau menghina dan mencaci. Sepatutnya, kita berikan dorongan dan sokonan positif untuk berubah ke arah yang lebih baik.




Tadi, aku pergi makan dengan family. 

Aku drive pergi Alor Star. 
Sikit ja lagi nak accident sebab tak tengok cermin sisi 
sambil ayah aku suruh masuk simpang tiba-tiba. 
Ya lah, aku jadi gabra lepas dah 5 bulan aku tak bawak kereta. 
Nak kena asah balik bakat ni. Haish.





Kalau rajin boleh tolong KLIK SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI






Muhammad Faris 'Azim
Kg Alor Ganu
Kedah


20111120

Cerpen | Tersesat di Hari Esok (Part 2)

Maaf sebab sangat lambat release Bahagian 2


Baca dahulu Bahagian 1

Sindiket Penjualan Kanak-kanak. Itulah sahaja cara untuk mendapatkan duit yang telah lama diikhtiarkannya. Ya, duit untuk Azlina membeli dadah yang diidamkannya. Nasib Azlina sememangnya bergantung kepada dadah semata-mata hingga terpaksa menjual anaknya, Malik. Lumayan sungguh wang yang diperolehinya. Gembira fizikalnya, pedih batinnya. Sesungguhnya hanya itu sahajalah harta yang dimilikinya. Malik akhirnya dijual Azlina tanpa belas kasihan.

Malik seolah-olah tak tahu apa-apa, ikut sahaja telunjuk “Abang” seperti yang diarah ibunya. Mungkin ibunya akan menjemput dia nanti. Mungkin.

“Abang, kita nak pergi mana ni?” tanya Malik kepada seorang lelaki yang berada di situ
“La, kau tak tau ke kita nak pergi mana nie. Jahat sungguh mak kau tak beri tahu kita nak pergi mana”
“Betul bang, mak saya tak bagi tahu pun yang kita nak pergi mana. Cuma dia pesan jaga diri elok-elok”
“Dah mak kau dah bagi kau dekat aku, lepas ni kau memang kena jaga diri elok-elok la. Dah la, jangan banyak cakap lagi. Nanti bila sampai nanti turun”

Lama juga perjalanan Malik di atas van itu. Tidak lama kemudian, dia diarah untuk turun di sebuah rumah usang. Ramai jugak kanak-kanak yang sebaya dengannya disitu. Namun apa yang menyedihkan Malik, kelihatan kawan seusianya tidak lengkap sahaja anggota badannya. Ada yang kudung tangan, buta, melecur satu badan dan sebagainya. Seram.

Rupa-rupanya sindiket ini bukan sahaja menjual kanak-kanak, tetapi mereka juga menggunakan kanak-kanak untuk mengutip derma dengan mencacatkan anggota badan. Melalui cara ini, orang ramai akan berasa kesian lantas memberikan sumbangan. Namun, apa yang lebih membimbangkan, mereka akan membunuh kanak-kanak yang gagal untuk membawa pulangan yang lumayan. Mereka akan mengambil organ kanak-kanak terbabit dan menjualnya dengan harga pasaran yang tinggi.

Malik dipaksa untuk tidur dalam keadaan yang berhimpit-himpit dengan kanak-kanak lain. Namun, dalam usahanya untuk tidur. Dia disapa oleh seorang rakan yang lebih tua darinya. Cuba memberitahu kepada Malik perkara sebenar mengenai kegiatan sindiket ini.

        “Kau kalau nak selamat, baik kau lari dari sini secepat mungkin. Aku rasa tak lama dah kau nak sempurna tubuh badan. Esok, dia potonglah kaki kau. Nak suruh mintak derma dengan kami ni. Tak pun, dia bunuh kau, ambik hati dan jantung kau lepas tu jual” kata budak itu
        “Betul ke? Sebab mak aku suruh ikut je abang tadi tu. Kalau betul, kenapa kau tak lari saja dari sini”
        “Dengarlah sangat cakap mak kau tu. Sekarang ni, mak pun sanggup jual anak. Aku? Nak lari? Kau tengok kaki aku ni. Nak lari pun tak mampu. Tak pa lah. Biar saja aku mati di sini. Kau masih ada peluang. Kau ambiklah peluang ini”

Niat Malik untuk tidur terbatal dengan segeranya. Dia amat yakin dengan kata-kata rakannya itu. Namun, hatinya berdarah apabila mengetahui bahawa emaknya telah membuangnya. Perasaan benci akan emaknya semakin membuak-buak. Malik harus mengatur strategi dengan baik agar perancangannya tidak gagal. Persoalan yang sentiasa bermain dalam mindanya. Mampukah dia melakukannya dengan kuderat budak berumur 10 tahun?

***

Mak Senah bergegas ke bilik Dato Azmi kesan jeritan Danial yang kuat.
        “Astaghfirullahhal’azim. Dato! Kenapa Dato buat macam ini” jerit Mak Senah
Mak Senah rebah. Terkejut melihat perbuatan Dato Azmi membunuh diri. Mak Senah dengan segera memeluk Danial dan berbisik kepadanya mengatakan bahawa ayahnya telah meninggal dunia. Namun, ada surat yang ditinggalkan Dato Azmi di atas lantai biliknya.

“Mak Senah jagalah Danial elok-elok. Apa guna jikalau saya hidup selama 10 tahun ini tanpa isteri saya. Semuanya sia-sia.”
~Azmi~

Air mata Danial mencurah dengan sendiri bagai memahami isi kandungan surat terbabit. Kelakuan Danial berubah sejak kematian ayahnya. Baginya, harta yang ayahnya tinggalkan tidak lagi bermakna kerana dia hanya memerlukan kasih-sayang seorang ayah. Patutlah ayahnya bermain dengan Danial sepuas-puasnya sehari sebelum kematian arwah ayahnya. Danial bersikap murung dan kurang aktif seperti dahulunya. Semua gelagat Mak Senah sudah tidak bermakna lagi buat Danial.

Sudah 5 tahun masa berlalu. Keadaan semakin reda dengan pemergian arwah ayahnya. Danial semakin yakin dengan kehidupannya. Bulan depan Danial akan menghadapi Penilaian Menengah Rendah. Harapannya untuk mendapat pencapaian cemerlang agar dia dapat masuk sekolah berasrama. Melupakan sejarah hitam keluarganya. Biar dia cari ketenangan di sana. Sebenarnya, kehidupan Danial semakin sunyi apabila Mak Senah baru sahaja meninggal dunia akibat serangan angin ahmar. Sebab itu jugalah tekadnya untuk masuk ke sekolah berasrama semakin tinggi. Biar kesunyian dirinya dihiburkan di asrama.
Namun, ada sesuatu yang menganggu personaliti diri Danial sebenarnya. Baginya, pemergian arwah ayahnya disebabkan oleh emaknya. Ya, disebabkan seorang perempuan, ayahnya sanggup membunuh diri. Seorang perempuan yang telah menyebabkan kematian ayahnya. Meragut kebahagiaan dirinya pada satu hari yang pernah diluangkan bersama ayahnya. Keadaan itu sudah lama mengganggu Danial hingga menyebabkan dia membenci perempuan. Baginya, seseorang perempuan itu akan menyebabkan dirinya menjadi seperti ayahnya. Memuja kasih percintaan dan perkahwinan mereka hingga terpaksa membunuh diri kerana kemaruk cinta. Takutnya Danial akan keadaan itu hingga membuatkan dirinya membenci perempuan. Persoalannya, adakah Danial akan menjadi seorang homoseksual pada hari esok dan terus sesat? Hanya kerana bencinya kepada seorang perempuan dalam hidupnya.


***

Caturan Malik untuk pergi dari situ cuba dirancang dengan teliti. Hanya menggunakan akal fikirannya pada ketika itu. Firasatnya mengatakan dia harus pergi dari situ apabila semua orang tengah tidur. Hanya pada saat itu sahaja peluang yang ada. Satu masalah lagi yang harus diselesaikan oleh Malik adalah untuk mandapatkan kunci pintu rumah itu daripada salah seorang lelaki di dalam rumah itu.


Tepat jam 3 pagi. Keadaan rumah itu senyap sunyi. Semua isi rumah itu sedang tidur. Tidur senyenyak-nyenyaknya. Peluang ini harus diambil oleh Malik untuk melarikan diri. Namun, Malik harus mendapatkan kunci rumah itu terlebih dahulu sebelum pelannnya dapat dilaksanakan.
Dengan perlahan-lahan Malik berjalan pergi ke arah lelaki yang menyimpan kunci rumah yang berada berdekatan tandas. Dicuba tarik oleh Malik kunci yang berda di dalam poket baju lelaki itu. Ditariknya perlahan-lahan. Ditarik dengan begitu teliti. Terlalu teliti.

Tiba-tiba lelaki tersebut terjaga dari tidurnya.
        “Hei budak! Kau buat apa ini?” tegur lelaki terbabit
        “Aaa.. saya nak pergi tandas la bang”
        “Oh, pergi lah. Nanti masuk tidur balik. Esok ada benda yang nak kena kau buat”


Malik terus bergegas ke dalam tandas rumah itu. Bertuah sungguh budak itu. Syukur. Hanya itulah perasaan Malik. Aktivitinya terhadap lelaki itu tidak dapat dikesan olehnya. Kunci rumah itu sudah berada dalam tangannya.

Berlakon seperti menggunakan tandas. Apabila sudah selesai. Malik cuba memerhatikan lelaki itu. Setelah Malik yakin bahawa lelaki itu sudah tidur kembali. Malik dengan segeranya bergegas ke arah pintu rumah. Dibukanya dengan teliti dan perlahan. Cuba mengelak untuk menghasilkan sebarang bunyi. Bunyi yang dapat mengejutkan orang ramai.

Akhirnya, Malik berjaya memboloskan diri dari rumah itu. Malik berlari dengan sekuat hati. Adrenalin ketakutan dalam tubuhnya membantu dia berlari dengan lebih laju. Terus berlari tanpa henti. Tak kira apa halangan yang berada di hadapannya. Cuba dielaknya.
Sambil dia berlari dengan laju, tangisan kekecewaan berkaca di pipi Malik. Begitu hancur dan kecewa perasaanya. Ditinggalkan dan dibuang oleh emaknya sendiri. Sanggup dijual. Tangisan yang keluar dari kelopak mata mengambarkan perasaan benci kepada ibunya. Perempuan yang tidak bertanggungjawab kepada dirinya. Sering dipukul, dihina dan dicaci. Memori bersama emaknya bermain di dalam mindanya. Peristiwa hitam di dalam hidupnya menyebabkan dia benci kepada perempuan. Kerana perempuan terlalu mudah untuk terjebak kepada benda yang kotor, tidak mempunyai perasaan bertanggungjawab, dan sanggup mengadaikan harta yang mereka miliki semata-mata untuk kepuasan diri. Penuh benci dan dendam perasaan Malik kepada perempuan. Masalahnya, jikalau dia terus membenci perempuan. Adakah keadaan dirinya akan terjadi sama seperti Danial? Akan terus dibelenggu persoalan yang mengelirukan personaliti. Adakah Malik juga akan menjadi homoseksual dan terus sesat seperti perasaan Danial? Biarlah hari esok yang menentukannya.

Dalam pada masa Malik terus berlari. Tiba-tiba. Dia dilanggar sebuah kereta mewah pada pagi itu. Siapa pula yang telah melanggar Malik? Apa pula yang akan terjadi kepada Malik? Selamatkah Malik? Sempatkah hari esok untuknya.




bersambung...






Muhammad Faris 'Azim
Kg Alor Ganu
Kedah