20121206

Si A yang sibuk



Ada seorang budak, Si A. A adalah seorang pelajar yang aktif. Terlalu sibuk dengan aktiviti berpersatuan tetapi keputusan peperiksaan masik OK. Boleh dikira sama jugalah dengan kawan kawan. Apabila tiba musim peperiksaan, A masih lagi giat berpersatuan. Kawan kawan A sudah lama meninggalkan kerja berpersatuan dan terus menghadap buku. Mungkin A rasa selesa dengan keputusan yang OK tetapi tidak bagi kawan kawan A. Keputusan OK tidak memuaskan lagi hati mereka. A terus berpersatuan. A rasa selesa.



Apabila keputusan peperiksaan besar keluar. Kawan kawan A gembira kerana keputusan mereka sangat memuaskan. Tetapi, tidak bagi A. A menyesal. Menyesal yang teramat. Pelbagai nasihat yang diminta dari A daripada guru. Keputusan peperiksaan akan menentukan tempat belajar seseorang. Ini realiti. Kawan kawan A dapat terbang ke luar negara dan mendapat tempat yang baik di dalam negara. A juga mendapat tempat yang baik, cuma dia kurang berpuas hati sebab kawan kawan A dapat tempat yang lebih baik.

Di tempat baru A. A masih lagi berpersatuan dan sangat sibuk. Peperiksaan semakin menghampiri.
Salahkah Si A?






Sesungguhnya, Aku tulis untuk kita sama sama ingat dan terutamanya untuk aku. 









Muhammad Faris 'Azim
CFS IIUM,
Petaling Jaya.



20121203

Andai aku mati esok



Andai aku mati esok,
Siapkan kafan aku,
Terus mandikan aku,
Cepat tanam aku.


Walaupun aku tahu,
Kafan aku orang yang beli,
Mandi aku orang yang basah,
Tanam aku orang yang kotor.


Andai aku mati esok,
Redhalah semuanya,
Kerana ajal tidak kenal,
Biarpun aku muda,
Ketika sudah tua.


Aku tahu, Impian aku besar,
Perlu masa dan cita-cita,
Jika masa itu cemburu,
Teruskanlah cita-cita aku.


Andai Izrail datang menjemput aku sekarang,
Ia bukan lagi andai,
Tetapi ; Pasti.




-Doakan untuk Allahyarham Akram Zaki, batch SPM 2011, i-Kups-








Muhammad Faris 'Azim
CFS IIUM,
Petaling Jaya.


20121202

Identiti atau budi





Perwatakan seseorang melambangkan identiti,
Cara cakapnya juga melambangkan identiti,
Fizikalnya juga melambangkan identiti,
Tetapi hatinya melambangkan budi,


Melalui hatinya hadirlah keindahan identiti,
Melalui budinya wujudlah kesopanan hati,
Dan semua ini pasti melahirkan kekentalan iman.


Doketnya iman melalui kemenjadian budi,
Eloknya budi tetaplah identiti.


Kolektif ini tidak dapat dipisah,
Kerana ia akan perlu dibawa bersama,
Di dalam hati,
Juga diri sendiri.






Muhammad Faris 'Azim,
CFS IIUM,
Petaling Jaya.