20130804

Si B yang bongkak


Masalah Si B. Dia tidak menunjuk. Dia humble. Bukan bongkak yang jenis menunjuklah. Kiranya bajet tak menayang. Tapi, masalah Si B ni, apabila dia tengok orang lain buat kerja. Dia suka menyibuk.

Contoh mudah, orang lain tengah buat kerja, dia selalu komen. Tak kemas. Buruk. Salah. Hudoh. Buat geram saja.


Contoh lagi, bila orang lain bersusah payah menyiapkan kerja. Dia  hanya bagi arahan. Komen itu salah. Ini salah. 

Cukuplah dengan contoh. Buat tambah dosa. 
Nak dijadikan cerita, Si B ni bila dapat result tak lah gempak mana pun. Boleh makan saja.

Orang lain seronok bila Si B tak dapat result elok. Salah kah orang lain itu? Berdosa atau tidak?







Muhammad Faris 'Azim
Kg. Alor Ganu
Kedah